Chery Eastar Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyFri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyThu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptySun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyTue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyTue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyMon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyMon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyMon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? EmptyThu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

Most users ever online was 70 on Tue Oct 05, 2010 3:47 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Pdrm1




April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar


Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

4 posters

Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by Radenumar Wed Mar 24, 2010 4:04 pm

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.

Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.

MAKSUD REZEKI DALAM ISLAM

Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?

Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga ‘pemberian' dan ‘sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. Ia sangat nyata sebagaimana yang pernah saya tuliskan petikan hadis Nabi Muhammad dalam artikel saya sebelum ini . Bahawa mengajak orang kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri merupakan sebuah pemberian amat bermakna.

Apa yang jelas, semua jenis ‘pemberian' dan ‘sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-

1) Ikhlas kerana Allah
2) Ia berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.

Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja, masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber terbukanya rezeki di sisi Islam. Ia juga merupakan sumber kewujudan unsur ‘berkat' di dalam kehidupan dan harta.

APA ITU BERKAT ?

Setinggi-tinggi darjat insan soleh, dia mampu mengekang dirinya di ketika menyumbang dari terpengaruh oleh fikiran atau bisikan seperti, "apa balasannya di dunia"?.

Apa yang akan menjadi dorongan dan motivasi utama hanyalah apa yang bakal diperolehi di akhirat. Bukan ganjaran di dunia yag difikirkan. Apa yang diinginkan untuk dunianya hanyalah memperolehi rezeki yang BARAKAH atau berkat.

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-

هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.

Ertinya : iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla.

Walaupun begitu, tidak ramai manusia yang mampu mencapai darjat tersebut, dan masih ramai individu soleh yang melakukan kebaikan, namun masih sering terfikir-fikir tentang ganjaran buatnya untuk dinikmati di dunia ini lagi.

WHAT YOU GET BACK?

Hasilnya, ramai yang bertanya berkenaan ‘what will you get back?'

Bagi membuka minda kita semua akan bentuk-bentuk balasan yang mampu diperoleh hasil dari segala sumbangan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini. Secara ringkas, saya bahagikan ganjaran yang boleh diperolehi sejak dari alam dunia ini lagi, semua ganjaran-ganjaran ini mempunyai dalil dan athar yang tersendiri, namun bagi mengelakkan terlalu panjang, saya tidak menyertakan semua dalilnya. Balasan tersebut adalah seperti berikut :-

a. Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga

· Rumahtangga kita didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian si suami, isteri dan anak.

· Hati dan fikiran dikurniakan ketenangan yang akhirnya memberikan kesan positif kepada produktiviti kita di tempat kerja dan tugas, lalu mendapat kenaikan gaji dan pangkat.

b. Kesihatan

· Allah selamatkan kita dan keluarga dari penyakit.

Nabi bersabda :

صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات

Ertinya : Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecatatan dan kebinasaan. (At-Tabrani, Al-Haitahami : sanadnya Hasan)

· Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harat si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.

· Dikurniakan zuriat yang sihat dan jika sakit sekalipun, ia tidak seteruk mereka yang lebih parah sakitnya.

c. Harta

· Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

· Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

· Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.

· Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

· Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang. Ini termasuklah di dalam tawaran Allah yang disebut di dalam durah at-Talaq, yang dinamakan oleh ramai sebagai ayat seribu dinar :

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)

Namun perlu diperhati sejelas-jelasnya, ayat di atas mensyaratkan seseorang untuk menjadi ‘BERTAQWA' sebagai jalan dibuka jalan kemudahan dan kebaikan dari pelbagai sumber tidak dijangka. Tidaklah sama sekali tepat pandangan ramai yang mengaitkan ‘gantung' ayat tersebut di rumah dan kedai sebagai cara meningkatkan rezeki dan pendapatan, tanpa bersifat taqwa di dalam kerjaya, perniagaan dan tugasan. Sedangkan hakikatnya, taqwa itulah kuncinya, bukan dengan menggantung ayat tersebut dan sebagainya.

Ibn Abbas menegaskan maksud jalan keluar di atas sebagai jalan keluar dari perkara syubhat di dunia, jalan keluar untuk menghadapi kematian, dan kesukaran di hari kiamat. (Tafsir Al-Qurtubi)

d. Sekeliling yang baik

· Dipermudah oleh Allah untuk berada di tempat dan persekitaran yang baik dan tidak merbahaya untuk diri dan keluarga.

· Kewujudannya menjadi pelopor kepada kebaikan mereka yang disekitarnya, penyekat kepada kemaksiatan. Ia bertepatan dengan sebuah sabdaan Nabi:

إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه

Ertinya : Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya ( Riwayat Ibn Majah : Sohih )

KESIMPULAN

MashaAllah, terlalu banyak cara dan kaedah untuk Allah membalas baik sangka hambaNya dan amalan kebaikan hambaNya. Sama ada di dunia atau akhirat.

Lalu apa yang menjadi penghalang kini hanyalah ‘hati' masing-masing.

Jika hati itu masih belum mampu menyakini maha Pemurahnya Allah ta'ala.

Masih belum boleh menyakini Allah akan membalasnya.

Masih belum yakin wujudnya Allah dan ganjaran kebaikan-Nya.

Selagi itu, seseorang itu akan sentiasa dihambat pelbagai perasaan tamak, kedekut dan malas ketika ingin memberi.

Jalan awal penyakit tersebut adalah ‘malas' dan dikuti berterusan melakukan dosa dan berasa jalan ‘dosa' itu adalah cara pendapatan yang terbaik baginya.

Saya teringat, tatkala saya mengingatkan orang ramai perihal pelaburan haram, skim haram, skim cepat kaya, money game, skim piramid wang, MLM yang haram dan sebagainya, lalu berteriaklah beberapa orang yang tidak berpuas hati seraya berkata :

"Kami orang susah, ustaz bolehlah kata itu dan ini...cuba ustaz duduk di tempat kami selaku individu yang kurang berpendidikan, kerja berat tapi gaji sedikit. Itulah sahaja cara yang mudah untuk kami menambah pendapatan"

Individu seperti ini tidak sama sekali sedar, keterlibatannya dalam perkara haram HANYA AKAN LEBIH MENAMBAH JAUHNYA DIA DARI SEBARANG REZEKI HARTA DAN KETENANGAN. Nabi pernah bersabda :

لا يزيد في العمر إلا البرولا يرد القدر إلا بالدعاء وإن الرجل ليحرم الرزق للخطيئة يعملها

Ertinya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan[1], dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya" ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Justeru, jangan jadikan posisi kesukaran diri di waktu ini sebagai excuse untuk melibatkan diri dalam perkara yang haram, kerana ia sama sekali bukan jalan keluar tetapi ia jalan buntu dan hanya akan melebarkan bencana terhadap diri dan keluarga.

Imam Ibn Kathir pernah mengulas bahawa apabila manusia melupakan soal dosa pahala dalam harta dan kehidupan mereka maka

وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Ertinya : Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan (Al-A'raf : 96 )

PERKEMBANGAN POTENSI, JANGAN ASYIK MEMBUAT ‘EXCUSE'

Apa yang perlu dilakukan adalah memanfaatkan duit simpanannya untuk mempelajari ilmu yang boleh digunakan untuk memperkembang potensi diri, bukan dengan menceburi skim-skim haram itu. Dan kemudian mengemukan alas an serta excuses yang pelbagai. Lihat ulama tabi'en berkata :

من طلب العلم تكفل الله برزقه

Ertinya : Barangsiapa yang menuntut ilmu Allah seolah telah menjamin rezekinya ( Kanzul Ummal, 10/139)

Ilmu itulah yang akan menerangkan kita jalan untuk bekerja dengan sebaik mungkin, dalam keadaan halal dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki. Semua ini perlu dilakukan tanpa malas. Atas dasar itu Nabi mengingatkan :-

لو أنكم توكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً

Ertinya : Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya akan diberikan rezeki kepadamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang.

Para ulama menyebut dengan jelas lagi terang, maksud tawakkal dalam hadis di atas merujuk kepada usaha, ilmu dan bersungguh dan sesudah itu bersangka baik kepada Allah.

Sesiapa yang bersangka baik kepada Allah, Allah akan menunaikan sangkaan baiknya. Begitu juga sebaliknya.

Sebahagian isi di atas dan yang lainnya telah saya sebutkan dalam huraian di rancangan secara langsung Al-Kuliyyah terbitan TV3.

Akhir sekali, Nabi menasihatkan seorang sahabat yang agak kerap memohon bantuan harta dari Nabi s.a.w:-

يا حكيم إنّ هذا المال خضرة حلوة فمن أخذه بسخاوة نفس بورك له فيه، ومن أخذه بإشراف نفس لم يبارك له فيه، كالذي يأكل ولا يشبع

Ertinya : Wahai Hakim, sesungguhnya harta merupakan seperti buahan yang subur, manis lagi disukai, barangsiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang zuhud (dan tidak meminta-minta) nescaya akan diberkati baginya pada harta itu, barangsiapa mengambilnya dengan tinggi diri (serta tamak) tiada berkata di dalamnya, sebagaimana orang yang makan tetapi tidak kenyang" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
22 Mac 2010
6 Rabi'ul Thani 1431 H
Radenumar
Radenumar

Posts : 9966
Points : 10597
Join date : 30/07/2009
Age : 46
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by Mr Mama Mon Mar 29, 2010 4:37 pm

Alquran adl mukjizat Islam yg kekal dan mukjizatnya selalu diperkuat
oleh kemajuan ilmu pengetahuan. Ia diturunkan Allah kepada Rasulullah
saw.
utk mengeluarkan manusia dari suasana gelap menuju terang serta
membimbing mereka ke jalan yg lurus. Rasulullah saw. menyampaikan
Alquran kepada para sahabatnya orang Arab asli. Sehingga mereka dapat
memahaminya berdasarkan nalurinya. Bila mengalami ketidakjelasan dalam
memahami suatu ayat mereka menanyakannya kepada Rasulullah saw.
Pengertian Pertumbuhan dan Perkembangannya Imam Bukhari Imam Muslim
dan yg lainnya meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya Ketika ayat yg
artinya ‘Orang-orang yg beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka
dgn kezaliman’ diturunkan banyak orang yg merasa resah. Mereka kemudian
menanyakannya kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah saw. siapakah di
antara kita yg tidak berbuat kezaliman terhadap dirinya? Nabi menjawab
Kezaliman di sini bukan seperti yg kamu pahami. Tidakkah kamu pernah
mendengar apa yg telah dikatakan oleh seorang hamba Allah yg saleh
‘Sesungguhnya kemusyrikan adl kezaliman yg besar’. . Jadi yg dimaksud
dgn kezaliman di sini adl kemusyrikan.
Disamping itu Rasulullah saw. juga menafsirkan utk mereka beberapa
ayat.
Dalam riwayat Muslim dan yg lainnya dari Uqbah bin Amir berkata Aku
pernah mendengar Rasulullah saw. berkata di atas mimbar yg artinya ‘Dan
siapkanlah utk menghadapi mereka kekuatan yg kamu sanggupi.’ {Al-Anfal
60}. Ingatlah bahwa kekuatan di sini adl memanah.
Para sahabat sangat antusias utk menerima Alquran dari Rasulullah
saw.
menghafal dan memahaminya. Ini merupakan suatu kehormatan bagi
mereka. Anas r.a. berkata Seseorang di antara kami bila telah membaca
surah Al-Baqarah dan Ali Imran orang itu menjadi besar dalam pandangan
kami. Begitu pula mereka selalu berusha mengamalkan Alquran dan memahami
hukum-hukumnya.
Diriwayatkan dari Abu Abdurrahman as-Sulami yg mengatakan Mereka yg
membacakan Alquran kepada kami seperti Utsman bin Affan dan Abdullah bin
Mas’ud serta yg lain menceritakan bahwa bila mereka belajar dari Nabi
sepuluh ayat mereka tidak melanjutkannya sebelum mengamalkan ilmu dan
amal yg ada di dalamnya. Mereka berkata ‘Kami mempelajari Alquran
berikut ilmu dan amalnya sekaligus’.
Rasulullah saw. tidak mengizinkan mereka menuliskan sesuatu dari
dirinya selain Alquran krn beliau khawatir akan tercampur dgn yg lain.
Muslim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudri Rasulullah saw. bersabda
Janganlah kamu menulis dari aku. Barang siapa menulis dari aku selain
Alquran hendaklah dihapus. Dan ceritakan apa yg dariku dan itu tiada
halangan baginya. Dan barang siapa yg sengaja berdusta atas namaku ia
menempati tempatnya di api neraka.
Sekalipun setelah itu Rasulullah saw. mengizinkan kepada sebagian
sahabat utk menulis hadis tetapi hal yg berhubungan dgn Alquran tetap
didasarkan pada riwayat yg melalui petunjuk di zaman Rasulullah saw. di
masa kekhalifahan Abu Bakar dan Umar ra.
Kemudian datang masa kekhalifahan Utsman bin Affan r.a. dan keadaan
menghendaki utk menyatukan kaum muslimin pada satu mushaf. Dan hal itu
pun terlaksana. Mushaf itu disebut Mushaf Imam . Salinan-salinan mushaf
itu juga dikirimkan ke beberapa provinsi.
Penulisan mushaf tersebut disebut Ar-Rasmu al-Utsmani yaitu
dinisbatkan kepada Utsman. Dan ini dianggap sebagai permulaan dari ilmu
rasmil quran.
Kemudian datang masa kekhalifahan Ali bin Abi Thalib r.a. Dan atas
perintahnya Abul Aswad ad-Du’ali meletakkan kaidah-kaidah nahwu cara
pengucapan yg tepat dan baku serta memberikan ketentuan-ketentuan
harakat pada Alquran. Ini juga dianggap sebagai permulaan i’rabil quran.
Para sahabat senantiasa melanjutkan usaha mereka dalam menyampaikan
makna-makna Alquran dan penafsiran ayat-ayatnya yg berbeda-beda di
antara mereka sesuai dgn kemampuannya yg berbeda-beda dalam memahami dan
krn adanya perbedaan lama tidaknya mereka hidup bersama Rasulullah saw.
Hal yg demikian diteruskan oleh murid-murid mereka yaitu para
tabi’in.
Di antara para mufassir yg termasyhur dari kalangan sahabat adl empat
orang khalifah kemudian Ibnu Mas’ud Ibn Abbas Ubai bin Ka’ab
Abdurrahman bin Auf Zaid bin Tsabit Abu Musa al-Asyari dan Abdullah bin
Zubair.
Banyak riwayat mengenai tafsir yg diambil dari Abdullah bin Abbas dan
Ubai bin Ka’ab. Dan apa yg diriwayatkan dari mereka tidak berarti sudah
merupakan tafsir Alquran yg sempurna tetapi terbatas hanya pada makna
beberapa ayat dgn penafsiran tentang apa yg masih samar dan penjelasan
apa yg masih global. Mengenai para tabi’in di antara mereka ada satu
kelompok terkenal yg mengambil ilmu ini dari para sahabat di samping
mereka sendiri bersungguh-sungguh atau melakukan ijtihad dalam
menafsirkan ayat.
Di antara murid-murid Ibnu Abbas di Mekah yg terkenal ialah Sa’id bin
Jubair Mujahid Ikrimah bekas sahaya Ibnu Abbas Thawus bin Kisan
al-Yamani dan Atha’ bin Abi Rabah. Sementara di antara murid-murid Ubay
bin Ka’ab yg terkenal di Madinah adl Zaid bin Aslam Abul Aliyah dan
Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi. Di antara murid-murid Abdullah bin Mas’ud
di Irak yg terkenal adl al-Qamah bin Qais Masruq Al-Aswad bin Yazid Amir
Asy-Sya’bi Hasan al-Basri dan Qatadah bin Di’amah as-Sadusi.
Ibnu Taimiyah berkata Adapun mengenai ilmu tafsir orang yg paling
tahu adl penduduk Mekah krn mereka sahabat Ibnu Abbas seperti Mujahid
Atha’ bin Abi Rabah Ikrimah maula Ibnu Abbas lainnya seperti Thawus
Abusy-Sya’sa Said bin Jubair dan lain-lainnya. Begitu pula penduduk
Kufah dari sahabat Ibnu Mas’ud dan mereka itu mempunyai kelebihan dalam
ilmu tafsir di antaranya adl Zubair bin Aslam Malik dan anaknya
Abdurrahman serta Abdullah bin Wahb mereka berguru kepadanya. Dan yg
diriwayatkan dari mereka itu semua meliputi ilmu tafsir ilmu gharibil
quran ilmu makki wal madani dan ilmu nasikh dan mansukh. Tetapi semua
ini didasarkan pada riwayat dgn cara didiktekan.
Pada abad ke-2 Hijriah tiba masa pembukuan yg yg dimulai dgn
pembukuan hadis dgn segala babnya yg bermacam-macam dan itu juga
menyangkut hal yg berhubungan dgn tafsir. Maka sebagian ulama membukukan
tafsir Quran yg diriwayatkan dari Rasulullah saw. dari para sahabat
atau dari para tabi’in. Di antara mereka itu yg terkenal adl Yazid bin
Harun as-Sulami Syu’bah bin Hajjaj Waki’ bin Jarrah Sufyan bin Uyainah
dan Abdurrazaq bin Hammam . Mereka semua adl para ahli hadis; tafsir yg
mereka susun merupakan salah satu bagiannya. Namun tafsir mereka yg
tertulis tidak ada yg sampai ke tangan kita. Kemudian langkah mereka itu
diikuti oleh segolongan ulama. Mereka menyusun tafsir Alquran yg lbh
sempurna berdasarkan susunan ayat. Dan yg paling terkenal di antara
mereka adl Ibn Jarir at-Thabari .
Sumber Studi Ilmu-Ilmu Quran terjemahan dari Mabaahits fii ‘Uluumil
Quraan Manna’ Khaliil al-Qattaan.
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by zac Mon Apr 05, 2010 1:31 pm

Bahasa Khutbah
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? 1110

"Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah ingatan yang sering kedengaran sebelum khatib memulakan khutbah. Malangnya biar berbuih ingatan diberikan tetap juga kita mendengar suara-suara ‘khatib’ di belakang berbicara pelbagai perkara hingga adakalanya mengganggu khutbah sebenar.

Saya terbaca di satu forum yang mana ada menyebutkan bahawa Nabi pernah bersabda : Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca khutbah (Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna. (Imam Ahmad).

Saya melihat dengan jelas akan duduk perkara khutbah di sini yang sebenarnya perlu kita ikuti dan fahami untuk mengubah sikap kita seminggu mendatang.

Khutbah bagi saya adalah satu ceramah motivasi yang baik, juga merupakan ruang untuk saling ingat mengingat hal-hal kebaikan serta waktu terbaik untuk mendapatkan ilmu baru. Saya sendiri adakalanya akan membawa buku nota ketika khutbah dan mencatat isi kandungan yang dapat saya amalkan dan hayati. Kadangkala hal itu menjadi satu kepelikan teman-teman di sebelah apabila melihat nota khutbah dicatat. Saya berpendapat bahawa di waktu khutbah jumaat, banyak perkara yang sebenarnya dapat kita pelajari dan kalaupun perkara tersebut sudah kita ketahui namun tidak menjadi kesalahan jika catatan itu bakal memberi peringatan untuk kita seminggu mendatang.

Jika kita perhatikan suasana jemaah sewaktu khutbah, pelbagai ragam yang dapat kita lihat. Tetapi lebih ramai yang kita lihat menundukkan kepala mereka, mungkin mereka khusyuk mendengar atau khusyuk nak tidur. Saya sering berkata yang waktu khutbah adalah waktu awal tidur kerana waktu itu kita lihat ramai sekali yang menguap dan mengantuk bahkan ada yang tidak sedar ketika khutbah dibacakan. Salah siapakah hingga berlakukan situasi sedemikian, adakah salah jemaah yang datang berjumaat atau salah khatib yang membaca tanpa minat.

Saya cuba membicarakan hal ini pada kali ini semoga kita beroleh satu dimensi baru dalam khutbah jumaat baik untuk para jemaah mahupun untuk para khatib yang saya hormati. Saya berpandangan waktu khutbah jumaat adalah waktu yang paling sesuai untuk mengumpulkan para muslimin untuk mendengar keilmuan baru, ingatan yang baru, serta motivasi diri yang baru yang insyaAllah dapat diisikan dalam minda pendengar dan seterusnya mungkin dapat pula disampaikan pada seisi rumah agar ilmu tersebut berpanjangan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, saya berpandangan bahawa khutbah merupakan majlis ilmu yang baik namun persoalannya mengapa ketika itu ramai yang mengantuk bahkan tertidur. Jika soalan ini ditanya, maka jawapan yang saya rasa hampir didengar adalah waktu itu syaitan datang mengganggu. Jika kita tahu waktu itu syaitan mahu datang mengganggu mengapa tidak kita persiapkan diri untuk menepis segala gangguan. Kita begitu mudah memberikan jawapan tetapi begitu sukar merungkaikan persoalan.


Kita mudah diganggu kerana kita lemah, lemah dalaman hingga membawa kelesuan fikiran serta keletihan badan. Jika saya ditanya akan soalan sedemikian, maka saya menjawabnya dalam dua pandangan. Pertama, jemaah dan kedua ialah khatib yang bertugas.

1) Jemaah
Pernahkah kita duduk di sebelah seorang yang menguap dan tidak lama kemudian kita pun terikut menguap?.. dalam keadaan ini anda dikatakan sedang melakukan kalibrasi dengan jiran anda itu. Walaupun pada keadaan tersebut anda sebenarnya tidak mengatuk namun akibat kalibrasi yang terjadi tanpa anda sedari telah membuatkan anda menjadi mengantuk sama. Jika anda berada dalam keadaan bosan, tidak keterlaluan jika saya katakan yang jiran anda juga akan turut merasa tempiasnya. Hal ini saya gelarkan kalibrasi gelombang otak.

Biar apapun yang anda panggil tetapi yang jelasnya keadaan anda serta gelombang otak anda ternyata dapat mempengaruhi jiran anda. Jika seorang dari ahli jemaah masuk ke lapangan solat dalam keadaan malas, bosan dan mengantuk, maka secara hukum alamnya mereka yang berada di sekelilingnya akan turut merasa begitu jika kita tidak dapat mempertahankan kedudukan gelombang otak yang betul. Apa yang pasti tidak ramai dari masyarakat kita memahami keadaan ini lantas mereka tanpa sedar menyumbang kepada keadaan jemaah sekeliling dalam lapangan solat terutamanya ketika khutbah mula dibacakan.

Saya mempunyai pendapat yang agak berlainan dan jika ada yang ingin membetulkan pandangan saya, saya begitu berbesar hati demi kebaikan ummah, saya berpendapat bahawa jika kita memasuki ruangan solat dalam keadaan terpaksa, mengatuk, malas atau dengan membawa sekali tekanan duniawi maka kita turut merosakkan keheningan yang ada dan secara tidak langsung menyumbang kepada kelalaian orang lain. Buruk benar jika kita terlibat dalam melalaikan mereka ketika khutbah dibaca dan lebih ngeri ketika solat dilaksanakan.

Bagi kami yang memahami akan hal kaitan gelombang otak dengan ibadah serta peradaban manusia, hal-hal menyumbang kepada kerosakan insan perlu kami jauhi walaupun ianya kelihatan remeh bagi sesetengah pihak. Maka dengan itu, kami akan berusaha untuk masuk ke ruangan solat dalam keadaan yang dapat menyumbang kekhusyukan para jemaah yang ada dalam ibadah yang bakal dilaksanakan. Justeru, marilah kita mengubah sikap kita ketika masuk ke masjid terutamanya ketika khutbah sedang dibaca kerana tanpa sedar keadaan kita akan membuat jiran kita juga merasa apa yang kita rasa.

Jika kita menghayati khutbah serta mengingati Allah swt dengan cintaNya maka kita akan membuat satu jariah yang tak pernah kita sangka kerana kita turut membawa jemaah sekeliling untuk merasa khusyuk. Mungkin tak ramai yang mengetahui bahawa gelombang otak kita yang rendah ketika solat begitu kuat dan boleh disebarkan hingga 27 lapis dan dek kerana itu solat jemaah itu 27 kali ganda pahalanya kerana kita membawa 27 orang untuk merasa kelazatan solat.

2) khatib
Sudut yang kedua yang perlu kita lihat adalah penyampaian khatib dalam menyempurnakan khutbah. Mungkin ada diantara kita pernah mengalami kebosanan ketika mendengar khutbah kerana khatib tidak menyampaikannya dengan ruh tetapi membacanya dengan akal. Lebih buruk jika bacaannya merangkak-rangkak hingga ada yang berdoa di dalam hati agar khutbah cepat sampai ke penghujungnya. Bagi saya khatib perlu terlebih dahulu menghayati setiap apa yang ingin disampaikan lalu sampaikanlah dengan ruh bukan dengan minda. Kata-kata yang dilontar dengan akal hanya akan sampai ke cuping telinga tetapi kata-kata yang disampaikan dengan jiwa akan terus menusuk jiwa.

Apabila jiwa dapat disentuh berubahlah si pendengar dan sayulah tubuh akibat getaran kata-kata ingatan. Khatib pada pandangan saya harus tahu bagaimana melontarkan kata-kata untuk terus menusuk sukma jemaah dan bukan hanya sekadar menghabiskan tugas. Terlebih dahulu saya memohon maaf andai setiap tutur kata saya menyinggung namun demi kebaikan ummah saya beranikan diri untuk memberi pandangan supaya ianya dapat diperbaiki dan khutbah dapat dijadikan medan mengubah orang kepada manusia. Teks khutbah juga amat penting kerana ianya perlu diwacanakan mengikut sains minda dan bukan karangan biasa.

Jika ada kefahaman bagaimana untuk menafsir minda jemaah dan bagaimana untuk menerapkan terus ke dalam memori minda bawah sedar jemaah, saya yakin insya Allah lebih ramai akan terpengaruh dengan khutbah yang disampaikan bahkan ianya menjadi senjata yang ampuh dalam membentuk satu generasi Islam yang cemerlang, yang mampu menakluk dunia dengan kebijaksanaan dan bukan dengan demonstrasi jalanan. InsyaAllah saya akan mengadakan bengkel sehari khusus untuk mereka yang terlibat secara langsung dalam khutbah untuk mengupas bahasa khutbah yang difahami minda untuk penyampaian lebih efektif.
zac
zac

Posts : 326
Points : 332
Join date : 01/02/2010
Location : seremban

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by zac Mon Apr 05, 2010 1:49 pm

Assalamua'laikum wr wb

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu
ataupanduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi
kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar
ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di
dalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita
di padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.
bersabda,

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "
jika ada di kalangan kamu yang perasan!!! Wassalam.
Note :-Dan walau macam mana pun kita sembahyang tonggang langgang kalau kita masih berbuat dosa besar dengan mak/bapak/suami etc.. ia masih tidak
menjanjikan syurga untuk kita di akhirat kelak sbb dosa dgn tuhan boleh di ampun tapi sesama manusia kita yg bertanggungjawab utk meminta maaf lebih2 lagi perempuan zaman sekarang kerana
mereka mudah lupa utk menutup aurat yg mana allah menjanjikan neraka buat mereka kelak walaupun mereka tidak berbuat dosa sesama manusia.
zac
zac

Posts : 326
Points : 332
Join date : 01/02/2010
Location : seremban

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by Mr Mama Tue Apr 06, 2010 10:58 pm


Pesanan
Nabi Muhammad saw







1. Menumpukan perhatian terhadap
pengabdian diri kepada Allah


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw bersabda: " Allah
swt berfirman, " Wahai anak Adam ! Luangkanlah dirimu untuk beribadat,
nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup
kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri
kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. "
(Riwayat alTirmizi)

2. Nafsu
tidak akan kenyang


Maksud Hadis; Daripada Anasra, Nabi saw
bersabda; " Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia
masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam
hanyalah tanah-tanah ( kuburnya ) dan Allah tetap menerima taubat orang
yang ingin bertaubat. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

3. Kekayaan yang sebenar

Maksud
hadis : Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Bukanlah
kekayaan itu dengan banyaknya hartabenda, tetapi kekayaan sebenar ialah
kekayaan jiwa."
(Riwaya al-Bukhari & Muslim)

4. Menghargai segala nikmat Allah

Ertinya
: " Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Lihatlah kepada
orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang
yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak
memperkecilkan nikmat Allah," (Riwayat Muslim)

5. Dua mata yang
terselamat

Ertinya : Daripada Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,
Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana
takutkan Allah dan mata yang berjaga malam mengawal 'jalan Allah'."
(Riwayat atTirmizi)

6.
Berwaspada daripada terleka dengan suatu yang tidak kekal


Maksud
Hadis: Daripada Abdullah bin al-Syikhir ra, Nabi saw bersabda: " Wahai
anak Adam! Adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang
kamu makan, lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu
engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah
lalu engkau kekalkannya (pada hari pembalasan)." (Riwayat Muslim)

7. Tiada ketenangan dengan kepincangan
akhlak


Ertinya: Daripada al-Nawwas bin Sam'an ra, : Aku
bertanya kepada Nabi saw tentang kebaikan dan dosa, lalu baginda
menjawab :" Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa
yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia
mengetahuinya." (Riwayat Muslim)
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by faizal kerteh Wed Apr 07, 2010 1:00 pm

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sentiasa memikirkan mengenai kekayaan, kemewahan, kebahagiaan dan tentunya kejayaan. Anda juga tidak terkecuali untuk memikirkannya. Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa anda tidak pernah memikirkan tentang kekayaan, kemewahan, kebahagiaan serta kejayaan. Ini kerana ia menjadi lumrah kita semua sebagai manusia dahagakan semua ini.

Malahan jika anda bertanyakan kepada anak-anak kecil, mereka pun berharap mereka ingin menikmati semua ini bila mereka dewasa nanti. Kereta besar, rumah besar, keluarga bahagia, hidup aman damai tanpa hutang dan menikmati hidup yang selesa merupakan impian semua orang. Namun begitu, mengapakah agaknya impian-impian anda ini tidak menjadi kenyataan malahan lebih teruk lagi anda hidup dalam kesempitan wang dan penuh penderitaan?


Anda Merupakan Manusia Yang Sangat Rugi Jika Hidup
Anda Diselubungi Kegelapan Dan Tidak Mampu
Menikmati Segala Impian Anda!

Ya benar! Anda merupakan antara orang-orang yang sangat rugi dan kasihan jika hidup anda penuh dengan kegagalan, kemiskinan serta kesempitan hidup. Ini kerana anda dilahirkan oleh ibu anda di muka bumi ini dengan penuh dengan kejayaan dan kini hidup anda penuh dengan kegagalan. Bukankah ini menunjukkan hidup anda penuh dengan kerugian serta sangat menyedihkan?


Sabda Rasulullah SAW

"Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran."

Maksud Riwayat Abu Daud.

Jika anda mengatakan hidup anda sempit kerana berasal dari keluarga yang miskin, percayalah ia bukanlah kerana keluarga tetapi pemikiran sempit anda sendiri. Jika anda mengatakan bahawa hidup anda dipenuhi dengan kegagalan, percayalah bahawa andalah merupakan punca yang menarik kegagalan tersebut dalam hidup anda sendiri. Percayalah bahawa anda tidak layak untuk mengalami kegagalan, kemiskinan dan kesempitan tetapi ANDA LAYAK mendapatkan kejayaan, kekayaan, kemewahan serta kebahagiaan hidup!
faizal kerteh
faizal kerteh

Posts : 210
Points : 216
Join date : 18/03/2010
Age : 42
Location : terengganu

http://www.zcmagency-online.com

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by Mr Mama Thu Apr 08, 2010 12:43 am


Teman
Yang Paling Baik.







Dari Ibnu Abas r.a berkata, Rasulullah ditanya : Siapakah di antara
teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah menjawab, "Seseorang yang mengingatkan kalian
kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan
pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalanya."

( Hadis riwayat: Imam Abdu bin Humaid)

Dari Abu Said al-Khudri,
beliau berkata: Dari Nabi SAW , Baginda bersabda : "Janganlah kamu berteman, kecuali dengan orang mukmin,
dan jangan pula memakan makananmu kecuali dengan orang yang bertaqwa."

(Hadis riwayat , Abu Daud, at Tirmizi, Ahmad dan Add-Darimi)

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? 4221094591_6cd63acec3
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by Mr Mama Mon May 24, 2010 4:46 pm


Perkara Yang Mengakibatkan Datangnya Bencana







Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda :
"Apabila
umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima
belas perkara itu adalah seperti berikut :
-


1. Menganggap
kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.

2. Menganggap amanah
seperti ghanimah (harta rampasan perang).

3. Menganggap
membayar zakat adalah merugikan.

4. Lelaki atau suami tunduk kepada
isterinya.

5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak lebih taat kepada kawannya
berbanding kepada orang tuanya.

7. Anak membenci ayahnya.
8. Ramai orang
menjerit-jerit di dalam masjid.

9. Pemimpin adalah orang yang rendah
budinya.

10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.
11. Minuman arak
berleluasa.

12. Ramai orang memakai sutera.
13. Penari wanita
berleluasa.

14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.
15. Umat Islam pada
hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat , tabiin dan
imam.


Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin
merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan."
(Hadis Riwayat
Tirmizi)

Nabi berkata, "
Ada dua jenis perbuatan yang mendapat seksaan dengan segera di dunia
iaitu perbuatan berzina dan menderhaka kepada ibu bapa."
(Hadis
Riwayat Bukhari)

Aisyah berkata, Nabi Muhammad saw berkata, "Amal kebajikan yang disegerakan
balasannya di dunia adalah berbakti kepada orang tua dan menyambung tali
silaturrahim. Kejahatan yang disegerakan seksaannya adalah berzina,
menderhaka kepada ibu bapa dan memutuskan tali silaturrahim."

(Hadis Riwayat Imam Tirmiz dan Ibnu Majah)
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by Mr Mama Tue Jun 22, 2010 10:06 pm

1 *ALLAH
-Jika inginkan doa lebih makbul bacalah 500kali pada larut malam selepas solat sunat hajat/tahajud.

2 *AR RAHMAN
-Untuk mehilang sifat-sifat pelupa &gugup.Bacalah 500 kali selepas solat lima waktu,bagus juga untuk penerang & ketenangan hati.

3 *AR RAHIM
-Baca 100 kali setiaphari akan mampunyai daya penarik hingga orang suka kepada kita.

4 *AL MALIK
-Baca 121 kali setiap hari agar pekerjaan kita mendapat keberkatan dari Allah.

5 *AL QUDDUS
-Untuk menjauhkan diri dari penyakit dalam hati. Bacalah 100 selepas tergenlincir matahari.

6 *AS SALAAM
-Baca 136kali,jasmani dan rohani kita akan terjaga dari segala penyakit.

7 *AL MU'MIN
-Untuk melingdungi keluarga dan harta benda dari segala ganguan bacalah sebanyak 136 kali.

8 *AL MUHAIMIN
-Baca145 kali selepas solatisyak,hati akan menjadi terang,bersih dari masalah hingga mudahuntuk menhafal.

9 *AL AZIZ
-Baca 40 selepas solat subuh selama 40 hari isteri kita akan disegani,muliadan penuh berkewibawaan.

10 *AL JABBAR
-Supaya tunduk dan patuh bacalah 226 kali.

11 *AL MUTAKABIR
-Baca 662 kali, kita akandapat menundukkan semua musuh hingga mereka menjadi pembantu yang setia.

12 *AL KHALIQ
-Baca 731 kali otakkita akan menjadi cerdas.

13 *AL BAARRII
-Bagi menghilangkan masalah dan menyembuh penyakit yang dihadapi, bacalah 100 kali selama 7 hari berturut-turut.

14 *AL MUSHAWWIR
-Untuk memperolehi anak ; isteripuasa tujuh hari(ahad-sabtu) ;suami tiga hari berbuka dengan air yang dibaca nama ini 21 kali ; jika bersetubuh baca 10 kali.

15 *AL GHAFFAR
-Bagi diampunkan dosa, bacalah 100 kali ketika menunggu solat jumaat di masjid.

16 *AL QAHHAAR
-Bagi menjauhkan perasaan tamak dan alpa dengan kemewahan dunia, malah musuh akan sedar dan tunduk.Maka bacalah 306 kali.

17 *AL WAHHAAB
-Baca 300 kali selepas solat akan dihilangkan kesempitan dalam hidup

18*AR RAZAAQ
-Bacalah sebanyak mungkin selepas solat akan dimurahkan rezeki yang halal

19 *AL FATTAH
-Untuk mudah menerima ajaran agama bacalah 71 kali selepas solat subuh

20 *AL ALIM
-Dibaca 100 kali selepas solat wajib , maka akan diberi pengetahuan dengan sempurna.

21 *AL QAABIDLU
-Baca 100 kali diri akan terasa dekat dengan Allah dan terlepas dari segala amcamam.

22 *AL BAASITH
-Baca seberapa banyak yang boleh segala yang diusahakan akan berjalan dengan lancar.

23 *AL KHAAFIDH
-Baca 500 kali dalam keadaan suci dan tawaduk, akan ditunaikan hajatnya dan musuh dan akan jatuh martanya.

24 *AR RAAFI
-Baca 70 kali akan terjaga harta benda dan penjahat

25 *AL MU'IZZ
- Baca 140 kali akan diberi kewibawaan

26 *AL MUDZILL
- Baca seberapaa banyak yang boleh akan dimudahkan untuk mengutip hutang.

27 *AS SAMII'
-Baca seberapa banyak yang boleh, doa akan mustajab dan pendengaran akan sentiasa tajam.

28 *AL BASHIIR
-Baca 100 kali sebelum solat jumaat akan diterangkan hati ,cerdas otaknya dan selalu diberi hidayah.

29 *AL HAKAM
-Untuk memudahkan menerima ilmu agama, baca 68 kali pada tengah malam dalam keadaan suci

30 *AL 'ADLU
-Baca 104 kali selepas solat lima waktu, agar diri kita selalu berlaku adil

31 *AL LATHIFF
-Baca seberapa banyak yang terdaya agar jualan menjadi laris

32 *AL KHABIR
-Baca seberapa banyak yang boleh, boleh dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah lama berpisah .

33 *AL HALIM
-Baca 88 kali selepas solat lima waktu,kepimpinannya tidak akan tergugat.

34 *AL AZIM
-Baca 12 kali akan disembuhkan penyakit yang sudah lama dihidapi.Juga akan dihindarkan dari gangguan setan dan sebangsa dengannya.

35 *AL GHAFUR
-Baca sebanyak mana yang terdaya,akan diterima taubatnya.

36 *AL SYAAKUR
-Baca 40 kali selepas solat hajat akan dimakbulkan hajatnya .

37 *AL ALIY
-Tulis 110 kali;rendamkan didalam air sejuk; diberi minum kepada anak yang dungu agar mereka menjadi cerdas.

38 *AL KABIR
-Baca 1000 kali selama tujuh hari berturut-turut selepas solat hajat atau tahajud;dikembalikan kedudukan yang telah lucut kerana fitnah.

39 *AL HAFIDH
-Baca 99kali semasa di dalam agar dilindungi dari binatang buas

40 *AL MUQIIT
-Baca sebanyak yang terdaya semasa di dalam hutan ketika sukar mendapat makanan agar dihilangkanrasa lapar dan badan akan terasa segar.

41 *AL HASIIB
-Baca 777 kali setiap hari sebelum matahari terbit dan sesudah solat maghrib agar diteguhkan jawatan yang sedang disandang.

42 *AL JALIL
-Baca 73 kali setiap malam (penghujung malam) agar diberi perubahan pada diri.

43 *AL KARIM
-Baca 280 kali apabila hendak tidur agar ditinggikan darjatnya di dunia dan akhirat.

44 *AL RAQIIB
-Baca50 kali setiap hari agar dijaga harta benda yang berada ditempat yang jauh.

45 *AL MUJIIB
-Baca 55 kali setiap hari sesudah solat subuh agar doa akan menjadi lebih mustajab.

46 *AL WAASI'
-Baca 128 kali ditengah malam aagar dihilangkan kesulitan yang dihadapi dan dijaga daripada orang-orang yang dengki.

47 *AL HAKIM
-Baca 300 kali setiap agar dicerdaskan otak.

48 *AL WADUUD
-Baca 1100 kali agar sentiasa bernasib baik,disukai orang kerharmonian rumahtangga.

49 *AL MAJIID
-Baca 99 kali lalu dihembuskan dikedua tangan dan disapukan keseluruhan muka agar ditenteramkan keluarganya dan disukai oleh hli keluarga yang lain

50 *AL BAA'ITS
-Baca 100 kali dengan tangan diletakkan ke dada agar diberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah.

51 *AS SYAHIID
-Baca 319 kali agar dilembutkan hati saudara kita yang suka membangkang.

52 *AL HAQ
-Baca sebanyak yang mampu agar ditebalkan iman dan taat menjalankan ibadah

53 *AL WAKIIL
-Bacalah sebanyak mungkin agar diredakan bencana alam yang sedang melanda.

54 *AL QAWIY
-Eartinya Dialah Zat yang Maha Kuat dan tidak pernah merasa Lemah

55 *AL MATIIN
-Baca sebanyak mungkin"Yaa Qawiyyu Yaa Matiin" agar dikembalikan semangat dan kekuatan sehinggan ditakuti oleh musuh.

56 *AL WALIY
-Baca sebanyak mungkin agar kedudukan dalam pertubuhan akan lebih kukuh dan terhindar dari hasaad dengki.

57 *AL HAMIID
-baca sebanyak mungkin sebagaai pengakuan kita bahawa Allah sahaja yang patut dipuji.

58 *AL MUHSI
-bacalah sebanyak mungkin selepas solat agar menjadi golongan yang sentiasa dekat dengan Allah.

59 *AL MUBDIU
-baca 470 kali agar segala yang dirancang akan berhasil.

60 *AL MU'IDD
-baca 58 kali agar dimuliakan darjat di dunia dan akhirat.


61 *AL MUHYIY
-baca 58 kali agar dimuliakan darjat di dunia dan akhirat

62 *AL MUMIIT
-baca sebanyak mungkin selepas habis solat agar dilancarkan segala usaha yang dijalankan.

63 *AL HAYYU
-dialah zat yang hidup dan kekal abadi.

64 *AL QAYYUM
-baca 100kali "Yaa Hayyu Yaa Qayyuum" agar menperolehi kekeyaan yang berkat

65 *AL WAAJID
-bacalah sebanyak yang terdaya agar mempunyai keperribadian yang tinggi dan teguh.

66 *AL MAJID
-baca sebanyak mungkin agar dimudah kan menerima apa yang diajar.

67 *AL WAAHID
-baca 190 kali selepas solat lima waktu selama sebulan berserta puasa (Isnin & Khamis)agar dikurniakan anak bagi yang sukarmendapatkannya.

68 *AS SOMAD
-baca sebanyak mungkin ketika dalam kesusahan agar diberi kesegaran tubuh badan dan kekenyangan.

69 *AL QAADIR
-baca 305 kali agar apa yang diinginkan akan berhasil.

70 *AL MUQTADIR
-baca sebanyak mungkin agar dipercayai mungkin agar di percepatkan hasil yang diusahakan.

71 *AL MUQADIM
-baca 184 kali agar segala usaha akan cepat berhasil.

72 *AL MUAKHIR
-baca sebanyak mungkin agar ketaatan kepada Allah.

73 *AL AWWAL
-baca 37 kali agar hajat akan dikabulkan

74 *AL AKHIR
-baca 200 kali selepas solat selama satu bulan agar dibuka pintu rezeki yang halal dan berkat.

75 *ADH DHAAHIR
- baca 1 106 kali sesudah solat (selama sebulan) akan dibuka hijab dari segala.. rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76 *AL BATHINU
- baca 30 kali sesudah solat fardhu agar bi beri pengertian kepada segala rahsia yang sukar difahami

77 *AL WALIY
- baca sebanyak mungkin agar menjadi orang yang makrifat seperti seorang wali

78 *AL MUTA'AALIY
-baca sebanyak mungkin agaar berjumpa dengan orang yang berkedudukan tinggi

79 *AL BAR
-baca sebanyak yang mampu agar diterima taubat dan diberi nikmat orang-orang bertaubat

80 *AT TAWWAB
-Baca sebanyak mungkin agar dimudahkan untuk kembali kejalan yang lurus dan diterima taubatnya .

81 *AL MUNTAQIM
-Baca sebanyak mungkin selepas solat berenti orang yang suka membuat kezaliman.

82 *AL 'AFUWW
-Baca sebanyak mungkin agar menjadi kekasih Allah dan diampunkan segala kesalahan .

83 *AR RAUF
-Baca sebanyak mungkai agar disenangi oleh temen -teman atau siapa sahaja yang memandang kita .

84 *MAALIKUL MULKI
-Baca 212 kali selepassolat selama sebulan agar kukuh jawatan yang disandang .

85 *DZUL JALAALI WAL IKRAM
-Baca 65 kali setiap hari selama sebulan agar segala hajat yang diingini akan terhasil.

86 *AL MUQSITH
-Baca sebanyak mungkin bagi mendapatkan sifat adail dalam diri

87 *AL JAAMI'
-Baca sebanyak mungkin agar dikembalikan saudara yang telah lari dari rumah .

88 *AL GHANIY
-Baca sebanyak mungkin agar dikurniakan kekayaan yang halal dan berkat.

89 *AL MUGHNIY
-Baca sebanyak mungkai agar diberi kekayaan yang bermanfaat di dunia dan di akhirat.

90 *AL MAANI'
-Baca 161 kali ketika menjelang waktu solat subuh agar dihindarkan dari orang - orang zalim.

91 *ADH DHAAR
-Baca 1001 agar disembuhkan penyakit yang dihidapi dan sukar untuk sembuh .

92 *AN NAAFI'
-Baca sebanyak yang mampu agar disembuhkan penyakit dan memudahkan kehidupan harian .

93 *AN NUUR
-Baca sebanyak mungkin agar diberikan kemuliaan dan memperolehi apa yang dihajati baik di dunia mahupun di akhirat.

94*AL HAADIY
-Baca sebanyak mungkin agar diberi pentunjuk jalan ketika sesat

95 *AL BADII'
-Baca 500 kali selepas solat agar apa yang dirancangkan berhasil.

96 *AL BAAQY
-Baca sebanyak mungkin agar perkerjaan yang menjadi sumber kehidupan tidak akan tergugat dan andainya berniaga;keuntungan akan berganda

97 *AL WAARITS
-Baca 707 kali setiap malam agar diberi petunjuk sehingga berhasil sewaktu menjalankan perniagaan atau pun pekerjaan.

98 *AR RAASYID
-Baca sebanyak mungkin agar otak menjadi lebih cergas .

99 *AS-SOBUR
-Baca sebanyak mungkin agar diberi kesabaran sewaktu menjalankan apa jua perancangan.
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ? Empty Re: Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum