INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Fri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Thu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Sun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Tue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Tue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Mon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Mon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Mon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Thu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Tue Oct 05, 2010 3:47 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :





December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar


Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

View previous topic View next topic Go down

Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Kzrul on Sat Jun 19, 2010 10:46 pm

Baca, fahamkan dan cuba amalkan selagi boleh. Pastu sebar-sebarkanlah info berguna ini kepada seberapa ramai orang yang boleh.

1. Wujudkan Empati dalam Diri - Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

2. Alihkan Perhatian - Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api - Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda. Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum - Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks - Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca - Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga - Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa pada Allah - Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.

Kzrul
Vice President 2
Vice President 2

Posts : 443
Points : 459
Join date : 31/08/2009
Age : 39
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Bravotengo on Sun Jun 20, 2010 9:38 am

Salah satu Tip yg berkesan utk kaum wanita :
Pergi belajar seni mempertahankan Diri..contohnya
1-sumo..
2-karate..
3-ilmu bathin...
Persediaan sekiranya si suami bertindak di luar kawalan...

Bravotengo

Posts : 2273
Points : 2418
Join date : 20/05/2010
Age : 44
Location : CEC O28 - kepulauan Mindano

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Ibnuwaled on Sun Jun 20, 2010 10:41 am

Bagi apa masalah sekali pun.. yg lebih penting lakukan amal ibadah sebagaimana yg disuruh Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Belajar ilmu2 berkaitan amal ibadah ni.. dan amalkan.. skrg ni pun di surau2 dn masjid sudah banyak majlis2 ilmu... Jadi selepas kt beramal kpdNya barulh berdoa agar dilindungi dn sebagainya. Jk amal sempurna mudahlh doa dimakbulkan Allah. Jgn hanya berdoa tp tdk beramal....

Ibnuwaled

Posts : 118
Points : 114
Join date : 08/02/2010

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by reza on Sun Jun 20, 2010 7:29 pm

Ibnuwaled wrote:Bagi apa masalah sekali pun.. yg lebih penting lakukan amal ibadah sebagaimana yg disuruh Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Belajar ilmu2 berkaitan amal ibadah ni.. dan amalkan.. skrg ni pun di surau2 dn masjid sudah banyak majlis2 ilmu... Jadi selepas kt beramal kpdNya barulh berdoa agar dilindungi dn sebagainya. Jk amal sempurna mudahlh doa dimakbulkan Allah. Jgn hanya berdoa tp tdk beramal....

betul-betul-betul... Very Happy Very Happy Very Happy

reza
Vice President 2
Vice President 2

Posts : 3446
Points : 3527
Join date : 02/08/2009
Location : cec009

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by zainal on Sun Jun 20, 2010 8:30 pm

Bravotengo wrote:Salah satu Tip yg berkesan utk kaum wanita :
Pergi belajar seni mempertahankan Diri..contohnya
1-sumo..
2-karate..
3-ilmu bathin...
Persediaan sekiranya si suami bertindak di luar kawalan...
yg ni aku setuju. betul tu. suami yg suka pukul bini ni boleh kira suami dayus.
geram le dengor cerita macam ni (kalau ada le).
lagi satu , dlm lafaz nikah kita ada nyatakan supaya tak boleh naik tangan atau physical abuse. jadik kalau ada suami mcm
tu dah boleh mintak taklik le.
1. buat laporan polis
2. buat laporan kat jabatan agama terdekat.

zainal

Posts : 498
Points : 497
Join date : 17/11/2009

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Mr Mama on Mon Jun 21, 2010 4:12 pm

BETUL TU.......... KITA IKUT MCM BRO ZAINAL.NIKAH DENGAN ANAK GURU SILAT............

Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 55
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Bravotengo on Mon Jun 21, 2010 6:41 pm

panduan utk berhadapan SI ISTERI YG PANAS BARAN MCM MANA PULAK YE..??

Bravotengo

Posts : 2273
Points : 2418
Join date : 20/05/2010
Age : 44
Location : CEC O28 - kepulauan Mindano

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Bro_Sue on Tue Jun 22, 2010 1:47 am

Bravotengo wrote:panduan utk berhadapan SI ISTERI YG PANAS BARAN MCM MANA PULAK YE..??
[right]

laki pulak pi belajar seni mempertahankan diri
isteri pula dayus........... hahaha
reverse la pulak

Bro_Sue
Advisor
Advisor

Posts : 3749
Points : 3893
Join date : 23/03/2010
Location : CEC 015 : Selangor

http://tengai5001.blogspot.com/2009/12/chery-easter-jelajah-patt

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by riyad71 on Tue Jun 22, 2010 4:27 am

buat lapuran polis kemudian pergi klinik check Doktor baru buat lapuran kat pejabat agama islam.

riyad71

Posts : 497
Points : 494
Join date : 18/02/2010
Age : 45
Location : CEC 071 - Qtan Pahang

http://www.klinikmaran.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Mr Mama on Tue Jun 22, 2010 11:53 am

PEH............... JAUH PERJALANAN TU.............KLU ISTERI PANAS BARAN.... ALAMAT TIDO LUAR LAH..........

Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 55
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Mr Mama on Tue Jun 22, 2010 12:54 pm

1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin Smile .

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 55
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Re: Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Post by Sponsored content Today at 5:47 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum