INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Fri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Thu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Sun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Tue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Tue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Mon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Mon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Mon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Thu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Tue Oct 05, 2010 3:47 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :





December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar


TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU

View previous topic View next topic Go down

TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU

Post by alimal on Sat Jan 22, 2011 1:21 pm

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani berkata: Daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata:
"Hukum menyampaikan ilmu kepada manusia dan kepada mereka yang diharap dapat mengamalkan ilmu tersebut adalah fardu ain walaupun penyampai sendiri tidak mengamalkannya."

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani menambah: Satu ketika daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata:
“Tidak terdapat mana-mana orang berilmu melainkan dia beramal dengan ilmunya selama mana berakal walaupun daripada satu sudut ibadat sahaja. Ini kerana jika dia melaksanakan perintah-perintah syarak dan menjauhi larangan, nescaya dia beramal dengan ilmunya secara yakin jika Allah mengurniakan keikhlasan kepadanya. Sekiranya dia tidak beramal seperti yang telah dinyatakan, lalu dia menyedari dengan ilmunya bahawa dia melanggar perintah Allah lantas bertaubat dan menyesal, nescaya dia telah beramal dengan ilmunya juga. Kerana jika dia tidak berilmu nescaya dia tidak akan menyedari bahawa meninggalkan beramal dengan ilmu ialah maksiat. Oleh itu, ilmu memberi kemanfaatan dalam setiap keadaan. Semua nas yang menyatakan hukuman yang berat bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu disandarkan kepada mereka yang tidak bertaubat.”

Kenyataan guruku ini amat bermakna dan bernilai.

Kesimpulannya, untuk seseorang dihukumkan beramal dengan ilmunya, tidaklah disyaratkan dia mesti tidak pernah melakukan maksiat, sebagaimana pemahaman segelintir manusia. Tetapi yang disyaratkan ialah tidak berterusan dalam maksiat atau tidak berterusan dalam keinginan meneruskan maksiat dan seterusnya.

Oleh itu, pelajar agama tidak sepatutnya meninggalkan sunat-sunat muakkad dan menggantikannya dengan semata-mata pengajian kecuali jika pengajian itu fardu ain dari segi syarak dengan syarat ikhlas. Ini untuk mengelakkan pelajar meninggalkan seluruh ibadat sunat sehingga seolah-olah ibadat ini tidak disyariatkan ke atasnya langsung dan dalam masa yang sama dia menghabiskan masanya dengan kelalaian, bersuka ria, mengumpat, batu api, hasad, bangga diri, takabbur dan ujub. Tidak pernah pula semasa melakukan kesalahan ini dia berkata kepada dirinya:
“Pengajian lebih afdal daripada semua kelalaian ini”

Oleh itu, janganlah kamu wahai pelajar agama mengelirukan diri kamu dan berkata kepada mereka yang memerintahkan kamu mengamalkan ibadat-ibadat sunat:
“Waktu ini untuk pengajian lebih afdal”
sekalipun kamu menyedari yang kamu tidak ikhlas sepenuhnya dalam pengajian. Ungkapan sebegini kadang kala menjadi hujjah untuk kurang mengambil berat dalam ibadat.

Renunglah wahai pelajar agama tatkala kamu meninggalkan ibadat-ibadat sunat dan fadilat-fadilat yang lain dan memenuhkan masa dengan BERDEBAT dan meninggalkan wirid-wirid, kamu akan mendapati rasa tidak tenteram di dalam hati dan tiada seorang pun yang akan bersangka baik terhadap kamu, bahkan tiada seorang pun yang memohon doa daripada kamu. Berbeza dengan pelajar-pelajar agama yang membanyakkan ibadat sunat dan zikir, dia akan mendapati manusia bersangka baik terhadapnya dan memohon doa daripadanya. Sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda:
“Kamu semua ialah saksi-saksi Allah di muka bumi, sesiapa yang kamu puji dengan kebaikan nescaya baiklah dia dan siapa yang kamu cela nescaya jahatlah dia.”
Daku mendengar Syeikh Islam Zakaria al-Ansari berkata:

“Sekiranya orang berilmu meninggalkan ibadat sunat, wirid-wirid dan adab-adab orang yang dekat dengan Allah, nescaya dia seolah-olah roti kering yang tidak berzat”
( Rujuk pd yg arif ) Smile

alimal

Posts : 115
Points : 160
Join date : 20/12/2010
Age : 51
Location : dok berehatt

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum