INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Fri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Thu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Sun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Tue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Tue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Mon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Mon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Mon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Thu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Tue Oct 05, 2010 3:47 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :





December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar


CERITA TALI GANTUNG.

View previous topic View next topic Go down

CERITA TALI GANTUNG.

Post by Shari_Melaka on Sat Aug 27, 2011 4:24 am

Mati di tali gantung lebih baik dari yang 'digantung tak bertali'.




Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling

bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan

kulit banduan yang akan digantung.



Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan

diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90

kilo selama 72 jam.



Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia

diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.



"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh

poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada

empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,"
jelas

Samuel.



Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang

berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.



APABILA RAYUAN DITOLAK



Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung

dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi

sehingga hukuman dilaksanakan.



Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka

dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang

bertugas.



Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga

habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,

Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.



Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah

Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di

mana di dalam waran itu akan
disebut nama banduan, nombor kad

pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara

5.30 pagi hingga 6.30 pagi.



"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan

beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada

hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya

lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.



Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan

pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman

gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.



"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar

dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan

harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata

Samuel.



Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah
ini, kaum keluarganya

yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu

di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."



Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan

terakhir ini.



Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai

RM7.50.



HARI PENGGANTUNGAN



Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman

gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk

hukuman dilaksanakan.



"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan

tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi

agresif sehingga ke saat-saat terakhir.



" Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka

lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila

kita buka pintu untuk bawa mereka
keluar ke bilik gantung, ada yang

salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak

tahan lagi menunggu," katanya.



Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka

akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.



"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang

banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.



Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada

hari hukuman.



" Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar

sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai

kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan

jenaka," cerita Samuel.



Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk

pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari


hukuman akan dilaksanakan.



BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG



Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan

secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.



Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian

5.18 meter.



Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian

suasana penjara.



Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar

dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat

kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya

membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.



Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian

berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan

akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah
jam

dibiar tergantung..



"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati

jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada

dia, semuanya tak ada masalah.



"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan

letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-

bos saya dulu," kata Samuel.



Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada

anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.



"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,

lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi

penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan

bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan
dadah.



p/s: menarik gak info ni..org Islam yg kena hukum gantung semua
digantung
hari Jumaat tau...bukan senang nak dpt kelebihan mati hari
Jumaat....hmmm.
...

Shari_Melaka

Posts : 308
Points : 332
Join date : 07/07/2011
Age : 44
Location : CEC 230 Durian Tunggal, Melaka

Back to top Go down

Re: CERITA TALI GANTUNG.

Post by Mr Mama on Sat Aug 27, 2011 4:34 am

SATU INFO YG BERNAS ..........

INGAT KAN KITA JANGAN .............
SATU KEMATIAN .......DENGAN D HUKOM..........AKIBAT MEMBUAT SESUATU TANPA BERFIKIR......

RENUNG2KAN LAH........................

Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 55
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Re: CERITA TALI GANTUNG.

Post by fendycool on Sat Aug 27, 2011 3:32 pm

bagus info ini..thnx yaaa

fendycool

Posts : 328
Points : 329
Join date : 25/10/2010
Location : CEC 205 - Ipoh - Bt Caves-Barcelona

Back to top Go down

Re: CERITA TALI GANTUNG.

Post by Bravotengo on Sat Aug 27, 2011 3:58 pm

Di sarawak dulu pada zaman penjajahan British
seorang Pejuang Kemerdekaan "Rosly Dhobi"
telah di jatuhkan Hukum Gantung sampai mati kerana di dapati bersalah membunuh salah seoarng pegawai British di sarawak
Meurut cerita ..org Dulu2
semasa di di hukum Gantung
Jenazah nya masih Tegantung dan yg Ajaib nya bahagian kaki nya (Tapak kakai) masih Lurus di hadapan tak jatuh kebawah..dan selipar masih terlekat di kakinya..
Orang menyangka di masih hidup tapi di sudah mati...tapi berkat kebenaran drp ALLAH SWT
ada keajiban berlaku..
Cerita ini belum di pastikan kebenarnnya...

Bravotengo

Posts : 2273
Points : 2418
Join date : 20/05/2010
Age : 44
Location : CEC O28 - kepulauan Mindano

Back to top Go down

Re: CERITA TALI GANTUNG.

Post by Mr Mama on Sun Aug 28, 2011 2:23 am

SERUNNNNNNNNN

Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 55
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Re: CERITA TALI GANTUNG.

Post by Sponsored content Today at 5:47 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum